Monday, 22 February 2016

KITAB KITAB YANG BERKAITAN DENGAN ILMU SAINS






NAMA BUKU : PERUBATAN ISLAM DAN BUKTI SAINS MODEN

PENGARANG :Danial Zainal

TERBITAN : Pustaka Ilmi

TAHUN :2008


SINOPSIS :-

      Buku ini menceritakan tentang jenis perubatan yang telah dilakukan pada masa kini . Di zaman berteknologi tinggi ini, kita bukan saja meningkat dari segi hiburan malah perubatan . Di dalam buku ini telah menyenarai kan pelbagai jenis penyakit dan cara perubatan nya yang dilakukan menggunakan cara moden .

PEMBUKTIAN :-

1.Makanan
  Allah berfirman



Ertinya :
".......makan dan minumlah kamu , tetapi jangan melampaui batas ..."(surah Al-A'raf : 31).

Allah s.w.t memberi petunjuk kepada hamba hamba-Nya untuk memasukkan makanan dan minuman yang dapat memperkuatkan ketahanan badan . Cara ataupun kadar pemakanan yang bermanfaat untuk tubuh badan ialah dengan makanannya tidak melampaui ukuran yang sepatutnya dan tidak sesuai dengan kaifiyatnya(cara memakannya), maka hal itulah yang jelas menimbulkan penyakit . Demikian pula sebaliknya , tidak makan dan minum juga menimbulkan penyakit .

2.Tidur dan Bangun

  Tidur dan bangun yang dicontohkan Nabi Muhammad s.a.w adalah tidur yang terbaik , bermanfaat bagi seluruh tubuh dan menambah kekuatan tubuh badan . Baginda berangkat tidur di awal malam (lepas isyak) dan bangun pada awal pagi seperdua malam yang terakhir . Setelah bangun baginda bangkit untuk bersugi,berwuduk dan solat tahajjud . Dengan demikian baginda mendapatkan kesegaran dan kekuatan sebahagian istirehat dan tidur, dan sebahagian lagi dengan jalan bersukan .


3. Berkhatan

 Pada sudut kesihatan berkhatan mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat terutama bagi wanita serta memberi keselesaan sewaktu bersetubuh.
Apabila tidak berkhatan, wujud kotoran yang berkumpul di antara kulup dan kepala zakar dipanggil 'smegma' yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga punca kepada kanser zakar. Sains membuktikan amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedah kesihatan berdasarkan kajian yang dijalankan.











NAMA BUKU : Menyingkap Keajaiban al-Quran Mengikut kajian Sains 

PENGARANG : Hasnita Ahmad

TERBITAN : Pustaka Ilmi

TAHUN : 2002


SINOPSIS :-
   
     Buku ini menyampaikan kepada kita tentang keajaiban dunia yang telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t melalui ciptaannya . Di dalam buku ini juga , menunjukkan bahawa teknologi sains dapat diguna untuk menyungkap keajaiban ciptaan Allah s.w.t .



PEMBUKTIAN :-

1.Penciptaan alam Tabi'i

     Kejadian alam semesta adalah ibarat 'makmal terbuka' untuk diselidik dan difikirkan oleh manusia , sesuai dengan peranannya sebagai makhluk yang telah diamanahkan untuk memakmurkan alam . Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

"Berfikir kamu tentang kejadian allah (alam semesta) dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak akan mengetahui hakikat sebenarnya .


2.Fungsi jantung kiri

Ibn sina telah menulis buku perubatan nya yang menyandarkan unsur unsur tawhid seperti dalam tulisannya tentang semangat "vital" dan fungsinya ; beliau berkata 

"Allah membuat bahagian kiri jantung berongga berfungsi sebagai tempat simpanan semangat vital dan juga sumber pengeluarannya ...."


3.Sel sel telur yang Terdapat Dalam Janin




Ertinya :
'Dan (ingatlah) ketika tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adan dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berkata) bukankah Aku ini Tuhanmu? Jawab mereka , betul (Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi' .

Ayat ini merupakan bukti bahawa al-Quran itu adalah mukjizat ilmiah . Al-Quran adalah kitab yang datang dari Allah . Manusia sudah berulang kali menbaca sejak empat belas abad yang lalu , namun baru sekarang mengetahui bahawa banyak ilmu pengetahuan yang tersimpan di dalamnya .

No comments:

Post a Comment